Pages

Wednesday, April 13, 2011

Telur Palsu dari China



Okay, kalau kita sebut produk dari China, mesti ramai yang dah terfikir betapa banyaknya barang-barang yang dihasilkan diorang yang tak ori. Tapi walau camne sekalipun, aku tetap respek diorang atas nama 'kilang dunia'. Kalau kita pandang sekeliling, agak mustahil kalau kita tak terjumpa barang yang tak di 'Made in China'.

Hari tu aku ada gak dengar citer pasal China dah buat copy benda baru. Tertanya-tanya gak aku. Apa bendanya tu? Henpon Nokia yang ditukar jadik Nokila? Adidas yang jadik Adibas?

Jawapannya adalah telur. Ya, telur.


Kepada pembaca yang tersilap bayang telur lain, sila nyah dari blog ni...

Pakar mencuri idea dari China telah berjaya membuat copy produk dari tuhan. Tapi masih tidak sehebat original, malah, dikhuatiri mempunyai banyak bahan-bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kanser.

Rupa telur palsu:

Petikan dari George's Clan Blogspot.


Yang atas tu real, yang bawah tu la yang palsu

Bagaimana ingin memastikan telur itu tidak palsu?

Samada anda memang lahir-lahir je dah ada dah (leks, gurau je. Hard not to make a bad joke about this issue):

Petikan Borneo Post Online:

1. After cracking the fake egg, the white and yolk will mix together quickly.
2. Fake eggs have slightly shinier shells than real ones.
3. The shells of the fake eggs feel slightly rougher.
4. You will hear sloshing sounds when you shake a fake egg as liquid will flow from the solid agent.
5. Real eggs smell like raw meat.
6. Tapping a real egg lightly will generate a crisp sound when compared to a fake egg.
7. When frying a fake egg, the yolk will spread without being touched.

Video bagaimana menghasilkan telur palsu:




Yang aku pelik tu, sanggup diorang go through all the troubles semata-mata nak copycat telur...

Lepas ni ape bende plak jadi mangsa 'Made in China'...


Guna Rokok rawat Kanser


Wow.
Aku pernah la pergi supermarket, jumpa poster iklan ubat-ubatan tradisional yang mampu merawat lebih dari 40 jenis penyakit! Memang giler hebat ubat tu. Tapi bila difikirkan balik, memang banyak dah wujud ubat2 yang terlebih exaggerate camtu di pasaran sekarang. Ini ada cerita best. Kepada pesakit-pesakit kanser sekalian, jangan bimbang. Anda selamat. Kerana doktor dari seberang dah jumpa cara merawat kanser! Petikan artikel dan gambar dari Kosmo! Online:

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

"Pak, usah kaget ya pak. Akan ku tiup asap kretek ini ke telingamu agar sembuh lo dari sakit kanker..."

Lepas ni jangan terkejut kalau doktor seberang akan jumpa salah satu cure untuk pesakit buasir dengan memerlukan pesakitnya menelan ****... :D



Tuesday, April 12, 2011

Ya Allah, bantulah aku


Hari ini, tatkala matahari terik di kepala,

aku hamba Tuhan yang lemah ditarik bersama-sama masuk ke dalam LRT oleh sekumpulan makhluk-makhluk Tuhan berbangsa Bangla yang tidak mengenal erti sabar.

Aku yang bagaikan kayu di situ, hanya mampu menadah tangan, sambil mulut mula terkumat-kamit membaca doa,

"Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah," aku terus membisik sambil tangan masih menadah walaupun aku tergoyang-goyang ketika LRT mula bergerak.

"Ya Allah, aku tidak minta banyak ya Allah, tolonglah," sambungku lagi.

"Tolonglah beri petunjuk kepada mereka," kataku sambil menahan nafas.

"...bahawa Deodorant perlulah dipakai sebelum naik tren."

Amin.



Biler la LRT nak letak sign camni kat dalam tren...
 
Copyright (c) 2010 My Name is Hamim. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.