Pages

Showing posts with label gretha zahar. Show all posts
Showing posts with label gretha zahar. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Guna Rokok rawat Kanser


Wow.
Aku pernah la pergi supermarket, jumpa poster iklan ubat-ubatan tradisional yang mampu merawat lebih dari 40 jenis penyakit! Memang giler hebat ubat tu. Tapi bila difikirkan balik, memang banyak dah wujud ubat2 yang terlebih exaggerate camtu di pasaran sekarang. Ini ada cerita best. Kepada pesakit-pesakit kanser sekalian, jangan bimbang. Anda selamat. Kerana doktor dari seberang dah jumpa cara merawat kanser! Petikan artikel dan gambar dari Kosmo! Online:

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

"Pak, usah kaget ya pak. Akan ku tiup asap kretek ini ke telingamu agar sembuh lo dari sakit kanker..."

Lepas ni jangan terkejut kalau doktor seberang akan jumpa salah satu cure untuk pesakit buasir dengan memerlukan pesakitnya menelan ****... :D



 
Copyright (c) 2010 My Name is Hamim. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.